Kemasan Yang Mewah Bagi Identiti Sebuah MPV (AH30)

Seperti yang dijangkakan model Toyota Alphard bagi generasi pertama dan kedua sangat berjaya dan menjadikan sebuah MPV yang paling laris bagi pengeluaran kereta terbesar di Jepun. Memandangkan bagi generasi ketiga Alphard yang lebih premium, maka pasukan pereka Toyota telah menghasilkan rekaan yang lebih moden dan futuristic berbanding model-model yang sebelumnya.

Bagi model generasi yang terkini (AH30) mula dijual pada harga yang lebih tinggi berbanding Vellfire dengan padanan imej gril krom bumper hadapan yang lebih besar. Untuk generasi yang terkini dilengkapi dengan enjin baru 2GR-FKS 3.5 liter V6 yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan-kelajuan kawalan elektronik. Walau bagaimanapun, setiap spesifikasi model bagi Alphard mempunyai perbezaan antara satu sama lain dan disini kita akan senaraikan setiap spesifikasi dengan lebih terperinci.

1) SC Spesifikasi

Untuk model bagi SC spesifikasi generasi ketiga ini mempunyai 2 kuasa pintu automatik pada bahagian kiri dan kanan penumpang serta bonet belakang yang boleh mengawalnya melalui tempat duduk pemandu ataupun kunci alat kawalan jauh. Dari bahagian dalaman untuk SC spesifikasi ini dilengkapi tempat duduk berkulit sepenuhnya, 7 tempat duduk serta pilot seat pada bahagian tengah penumpang serta memancarkan 16 LED lampu pada bahagian bumbung, bumbung panorama, memory seat pada bahagian tempat duduk pemandu dan pelarasan elektrik pada kerusi penumpang.

Bahagian luarannya pula turut dilengkapi rim 2 tona warna, 3 LED lampu pada bahagian hadapan serta sequential signal pada bahagian lampu hadapan serta belakang. Dari bahagian belakang, Alphard SC memiliki imej yang lebar dan kuat, disumbangkan oleh kemasan melintang yang dilanjutkan pada bahagian atas lampu. Lampu tiga-dimensi bentuk L disusun dibawahnya, menerbitkan kesan seperti ia disepadukan dengan kemasan berkenaan serta memberikan imej kedudukan kenderaan yang lebih rendah.
Alphard SC spesifikasi ini menggunakan rim aluminium aloi 18-inci dengan rekaan dan penggayaan baru yang lebih sporty. Pelanggan boleh memilih daripada lima warna luaran berbeza, yang terdiri dari satu warna baru — Graphite Metallic. Empat warna sedia ada yang ditawarkan ialah Luxury White Pearl CS, Burning Black CS, White Pearl CS dan hitam.

2) SA Spesifikasi

Perbezaan bagi spesifikasi SA pula berbanding SC adalah dari sudut dalaman dan sedikit pada bahagian luar. Sentuhan dalaman kain fabrik pada setiap tempat duduk dengan pelarasan tempat letak tangan manual “armrest”. Untuk model SA ini tidak dilengkapi auto booth serta memory seat pada bahagian tempat duduk pemandu. Walau bagaimanapun, pada bahagian tempat duduk penumpang tengah anda boleh melaraskan posisi antara kiri dan kanan untuk memudahkan laluan tengah ke bahagian tempat duduk belakang. Dari aspek luaran pula hanya didatangkan dengan 1 tona warna rim sahaja dan tidak dilengkapi lampu signal cahaya berturutan “sequential” seperti yang ada pada spesifikasi SC.

3) G Spesifikasi

Bagi model spesifikasi G generasi ketiga ini adalah diantara model yang terendah berbanding model-model diatas kerana sistem elektronik dalamannya yang agak terhad. Tetapi keistimewaan bagi model G ini adalah jika pelanggan ingin sentuhan dalaman yang cerah amat sesuai bagi spesifikasi ini kerana pada asasnya model ini didatangkan dengan warna cerah “peach” pada bahagian dalaman dan masih lagi mengekalkan 7 tempat duduk serta separuh kulit pada setiap kerusi. Tetapi bagi model G ini tidak didatangkan dengan pintu pelarasan automatik seperti model SC dan SA, dan hanya ada auto power booth dan juga bumbung panorama.

4) S Spesifikasi

Ciri utama khas bagi sebuah model generasi ketiga Alphard S pula adalah ia didatangkan dengan 8 tempat kerusi dan pelarasan manual pada bahagian tempat duduk penumpang. Pintu pada bahagian penumpang kiri dan kanan boleh melaraskan secara automatik tetapi tidak pula pada bahagian bonet belakang. Untuk warna dalaman pula sama seperti spek G iaitu cerah “peach”. Untuk bahagian bumbung pula bagi spek S ia tidak didatangkan dengan panorama bumbung seperti spek G.

Bagi varian Alphard Executive Lounge dan Royal Lounge pula sama seperti yang ada pada model Vellfire. Anda boleh rujuk artikel kami sebelum ini untuk mengenal pasti dua varian super high spec ini. Walau bagaimanapun, bagi kesemua rekaan untuk setiap jenis spesifikasi diatas ini hampir sama cuma perbezaan ketara diantara low spec dan high spec adalah sentuhan kain pada tempat duduk serta pelarasan automatik dan juga LED lampu pada bahagian hadapan dan juga belakang.

Kesemua spesifikasi di atas didatangkan dengan dua pilihan enjin iaitu 2.5 liter serta 3.5 liter V6 enjin dan juga hybrid. Anda juga boleh membuat pilihan ‘customize’ pada bahagian dalaman mengikut citarasa anda bagi setiap jenis spesifikasi diatas.

TAGS

#ToyotaAlphard #ToyotaMalaysia #Alphard